Tuesday 16 July 2013

Novel : 7 Hari Mencintaiku


Silap aku juga, kerana jatuh cinta insan sepertimu, seanggun bidadari seharusnya aku cerminkan diriku sebelum tirai kamar aku buka untuk mengintaimu…



Judul : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Muka Surat : 1048
Harga : RM32.90

Rumusan Kisah :

Mia Adriana dan Khuzairi diijabkabulkan setelah Khalil tidak hadir pada hari pernikahannya dengan Mia Adriana, itupun atas permintaan ayah Mia Adriana yang ketika itu sedang bertarung nyawa diserang sakit jantung. Khuzairi sememangnya dah syok kat Mia Adriana sejak zaman sekolah lagi, tapi Mia pula tidak pernah pandang Khuzairi, si budak kampong. Mia yang manja dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayah nya seorang yang degil.

Penerimaan mak dan Helmi, adik Khuzairi terhadap Mia Adriana sering saja menyebabkan pertelingkahan di antara Mia Adriana dan Khuzairi. Dalam diam, Mia Adriana mula menerima kehadiran Khuzairi setelah melihat kesungguhan dan kesabaran Khuzairi melayani semua karenahnya.

Tindakan nekad Mia Adriana yang sanggup meninggalkan bayi yang baru dilahirkannya menyebabkan Khuzairi kecewa yang amat sangat.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Wajah Mia Adriana dikerling sekilas. Jelas kekecewaan pada seraut wajah bujur sirih itu. Khuzairi pasti Mia Adriana tidak dapat menerima dirinya sebagai pengganti tempat Khalil. Dia yakin nama Khalil sudah bertapak kukuh di dalam hati gadis itu dan buka mudah untuk lelaki yang tidak pernah dipandang sebelum ini oleh Mia Adriana, diberikan tempat di hatinya begitu sahaja. – m/s 65

“Okey, saya tak berniat nak buat cara kasar tapi kalau keadaan yang memaksa saya untuk berbuat demikian, saya terpaksa lakukan. Sebaik saja isteri saya masuk ke dalam kereta itu bersama Puan Hayati saya akan menghubungi pihak polis dan mendakwa puan melarikan isteri saya.” – m/s 117

“Abang… Abang tak rasa apa yang istimewanya untuk diberitahu. Pada abang, jadi doctor tu salah satu dari pekerjaan aje, macam Mia jadi lawyer. Lagipun abang dah tinggalkan kerja tu buat sementara waktu. Pada abang yang penting sekarang abang nak cuba buat yang terbaik untuk Mia. Tak kira apa kerja pun yang abang lakukan,” pujuk Khuzairi lembut. – m/s 250

Mia Adriana memejamkan mata. Semakin hatinya keras untuk menerima lelaki ini, semakin lelaki ini membuai hati  dan perasaannya. Sifat Khuzairi yang menghormati dirinya membuatkan Mia Adriana tidak pernah walau sekelumit jua merasa curiga mahupun gentar untuk berada dekat dengan lelaki ini. – m/s 264

“Tak ingin aku  nak tengok muka dia. Biar dia tidur aje kat luar. Esok aku dah pergi, dia tidurlah puas-puas atas katil ni. Aku dah tak larat lagi dengan perangai dia yang asyik pentingkan keluarga dia aje. Nak tolong pun biarlah berpada-pada.” – m/s 380

“Awak ingat saya bodoh ya? Awak ingat saya tak dengar apa yang mak awak cakap dengan awak tadi? Sekarang ni, awak nak menuntut hak awak sebagai suami kerana awak meragui kesucian saya kan?” Tanya Mia Adriana separuh menjerit. – m/s 458

Dalam masa yang sama, bibir Mia Adriana mula merayap di tengkuk suaminya. Khuzairi begitu tertekan di saat ini. Dia tahu, ini bukan diri isterinya yang sebenarnya namun dalam masa yang sama dia sendiri sudah tidak dapat menahan gelodak perasaannya. m/s 474

“Kau jangan buat tak tau lah Khuzairi. Aku jijik dengan perbuatan kau. Kau ragut hak aku dengan cara yang begitu hina. Kau letak maruah aku kat tapak kaki kau aje. Sanggup kau perangkap aku semata-mata kerana ego kau yang tercabar atas kata-kata Khalil tu kan? Damn you Khuzairi!” tempelak Mia Adriana. Menggigil badannya gara-gara menahan marah yang teramat sangat. – m/s 487

Aku juga nak beritahu kau, aku pun sebenarnya tertekan. Tertekan dengan keegoaan kau. Tertekan dengan sikap pentingkan diri kau. Aku lagi terseksa daripada kau Khuzairi, terseksa kerana aku dipaksa hidup dengan lelaki yang aku tidak cinta.” Lancar Mia Adriana menuturkannya. – m/s 536

“Masalahnya sekarang ni, aku tak sedia nak mengandung. Aku tak nak anak ni. Aku tak nak lahirkan zuriat kau.” Tegas suara Mia Adriana. – m/s 551

Perlahan-lahan pipi isterinya dicium. Mia Adriana mengeratkan lagi pelukan pada suaminya. Di kala ini tiada kata-kata yang dapat dilafazkan oleh Mia Adriana. Yang dia  pasti mala mini, hatinya sudah dibuka seluas-luasnya untuk suaminya itu. -  m/s 628

“Abang, berbaloi ke abang cintakan perempuan macam Mia ni? Kenapa abang tak nak buka pintu hati abang untuk perempuan lain? Di luar sana masih ramai lagi perempuan yang sepuluh kali lebih baik daripada Mia. Masih ramai lagi perempuan  di luar sana yang boleh membahagiakan  hidup abang. Kenapa abang perlu tutup pintu hati abang sampai macam tu sekali? Kenapa abang perlu bazirkan usia remaja abang semata-mata kerana Mia, sedangkan abang sendiri tau, di kala itu Mia langsung tak ingatkan abang. Mia langsung tak fikirkan abang.” – 662

Takkan kau sanggup jadikan suami kau anak derhaka semata-mata untuk puaskan hati  kau. Apa yang kau dapat bersaing dengan emak mertua kau? Kasih Khuzairi pada kau tak luaklah Mia, walaupun dia pilih mak dia. Tak cukup ke tu kat kau…” panjang lebar Sofi menasihatkan sepupunya. – m/s 728

“Abah, Ri ni tak layak ke untuk dia bah. Hina sangat ke Ri ni bah sampaikan anak Ri pun tak layak untuk dapat susu ibu dia. Anak Ri pun dia tak nak tengok. Kesian anak Ri. Tergamak ibu dia jadikan dia anak yatim. Kesian Alisa bah. Ya Alllah, Kau kuatkanlah iman aku. Kau kuatkan aku menghadapi dugaan-Mu ini ya Allah…” – m/s 747

Selama ini Mia dah sia-siakan cinta abang. Selama ini, Mia tak pernah menghargainya. Tapi hari ini, Mia rayu pada abang, pinjamkan Mia cinta abang, boleh tak bang? Tujuh hari aje mencintai Mia bang,’ rayu Mia Adriana dalam esak tangis yang menyayat hati. Dia sudah mengangkat kepalanya. Wajah suaminya yang tampak beku itu dipandang. – m/s 827

“Bang, kalau Mia kembali pada abang, cincin ini akan tersarung di jari Mia. Tapi jika sebaliknya, hanya cincin ini akan kembali pada tuannya.” Tutur Mia Adriana perlahan. -  m/s 988 

Kata ku :

Mia ni mmg bikin aku geram sgt kat dia! Rasa nak bg pelempang je kat Mia ni. Hahahaah! Khuzairi pula… haihhh… sgt la penyabar! Dalam pada aku geram2 kat Mia, bbrp kali jugak la aku menitiskan air mata (gara-gara terlebih emo) layan citer ni, specially bila Mia dah insaf dan cuba meraih cinta Khuzairi semula.

Update 1/8/16

Tengah shooting
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi dan Siti Saleha sebagai Mia Adriana

Thanks EDtv

Kredit 4/5

Karya-karya Siti Rosmizah yang lain :

2 comments:

  1. Selalu aku baca novel xdelah smpai nak ngis sgt, tp baca novel nie buat aku nangis sampai hidung sumbat hahahaha.. mmg terbaek penulis nie..

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cari novel yang boleh petik suis sedih tahap gaban kenalah beli novel Siti Rosmizah... baru tahu nangis tak ingat dunia... sampai orang sekeliling pun pelik, ada ke orang yang nangis bagai nak rak sebab baca novel. To me..yes! ada. saya salah seorang darinya yang menangis tak ingat dunia bila baca novel. Hihiii... tahniah kepada penulis sebab membuai emosi pembaca. :)

    ReplyDelete