Thursday 18 July 2013

Novel : Biarlah YM Berbicara


Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi. Andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati… aku rela menjadi pengganti, menafikan irama indah cinta kita. Biarlah saja YM yang terus berbicara…



Judul : Biarlah YM Berbicara...
Penulis : Hanni Ramsul
Muka Surat : 582
Harga : RM20


Rumusan kisah :

Adiya yang menggunakan nick name Ugly Betty utk chat dengan Charming, sering saja mengelak utk bersua muka. Tidak yakin dan takut ditipu oleh Charming walaupun sebenarnya dia senang berkawan dengan Charming.

Dalam masa yang sama, kawan-kawan ofis semua sudah dapat mengagak bos mereka, En. Firdaus sebenarnya syok kat Adiya. Cuma Adiya saja yang buat tidak peduli. Percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh En. Firdaus supaya dapat mendekatkan dirinya dengan Adiya membuatkan Adiya serba salah. Dia risau kalau-kalau dia menduakan Charmingnya kerana dia sudah mula menyenangi sifat En. Firdaus yang caring padanya.

Bila tembelang En. Firdaus pecah, Adiya resign dan balik kampung. Dia malu dan rasa ditipu. Salah faham terhadap hubungan En. Firdaus dan Mia, bekas tunang En. Firdaus juga menyebabkan dia ‘tarik diri’.

Petikan-petikan dari dalam novel :

Aku kecut. Keasyikan tadi hilang tiba-tiba. Kenapalah soalan ini yang diulang-ulang? Kalau tidak jumpa tidak boleh ke? Aku senang berkawan dengan cara ini. Aku lebih senang kalau tidak perlu bertemu dengannya. Aku lebih selesa berhubung tanpa mengenalinya. Itu lebih membuat aku berasa selamat. Bimbang untuk rapat dengan lelaki. Bimbang nanti berulang peristiwa hitam yang hampir menggelapkan hidupku. Yang membuat aku serik untuk mengenali insan bergelar lelaki. Tapi, kenapa dengan Charming, hatiku boleh lembut. Mungkinkah kerana aku Cuma mengenalinya di dunia maya? Mungkinkah itu sebabnya? – m/s 35

Charming : I’m the luckiest man in the world! Ini yang I tunggu dari U sekian lama. At last, U mengaku juga U sukakan I! Thanks! – m/s 116

Ugly Betty : I can’t answer that question. No answer actually. Cuma, I rasa selesa n bahagia bila dapat bercakap dengan U. N U? Soalan yang sama I Tanya kat U. kenapa U suka kat I? Padahal U tak kenal I. – m/s 117

“Saya pun rindu sangat kat awak. Nak dengar suara awak. Nak jumpa sangat-sangat. Itupun kalau bolehlah. Tapi, saya tahu, mesti tak boleh, kan?” Charming menyambung bicaranya. – m/s 189

Aku diam. Janganlah sampai kata-kata Sharifah menjadi kenyataan. Aku tidak mahu jatuh cinta pada dua orang lelaki pada satu masa. Aku bukannya jenis yang pandai membuat pilihan. Kang, tak pasal-pasal Encik Firdaus kena bermadu dengan Charming. Tidak! Minta dijauhkan. Dan, yang paling penting, aku mesti setia dengan Charming. Mesti setia dengan Charming – m/s 220

“Saya… saya dah tak boleh nak lupakan awak. Memang, saya rasa saya dah jatuh hati pada awak.” Dengan perasaan malu yang menggunung, aku gagahkan jua untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin sudah sampai masanya aku merungkaikan segala-galanya. Selintas, aku teringat kata-kata Sharifah. Sampai bila aku hendak berhubungan dengan Charming Cuma dengan cara ini? Kalau aku benar-benar serius, suatu hari nanti aku terpaksa berhadapan dengan Charming juga. – m/s 261

Alamak! Sayang la pulak? Lagi lama aku bersama dengan Encik Firdaus, aku balik tapau jantung jawabnya. Sudah berkali-kali rasanya jantungku ini hendak tercabut. Tak pun terus ke ICU. Dapat serangan jantung. Nak balik. Tak nak duduk dengan Encik Firdaus. Nanti aku tergoda pula pada bos kacak aku ni… - m/s 299

Aku terkedu. Encik Firdaus melamar aku di tengah-tengah kesesakan manusia ini? Encik Firdaus! Awak memang tak betul. Cepat-cepat aku mengangkat punggung. Dan cepat pula Encik Firdaus mencapai tanganku. – m/s 386

Langkah aku  mati tiba-tiba. Saat itu memang aku rasa seperti mahu menangis. Encis Firdaus panggil aku Ugly Betty? Dia tahu segala-galanya ke? Aku berpaling, memandang wajah Encik Firdaus yang kelihatan sangat resah. Juga pada wajah Farid yang kehairanan. – m/s 407

“Saya pun tak nak awak stress dengan semua ni. Saya bagi awak masa. I’ll give you some space to think. Saya tak akan terima surat perletakan jawatan ni. Twenty hours notice pula tu! Betul-betul mengarut. Saya anggap saya tak pernah terima surat ni.” – m/s473

“Saya tak sesuai untuk Encis Firdaus. Encik Firdaus sepatutnya mendapat seorang gadis yang jauh lebih baik daripada saya. Kita tak sepadan langsung Encik Firdaus.” – m/s 508

Aku tersenyum segan. Bekas kecil berbentuk hati bewarna merah di tapak tangan Encik Firdaus, membuat aku berasa bahagia. Terlalu bahagia. – m/s 563

Kata ku :

Tengok tajuk novel pun dah tau berkisarkan apa. Semestilah YM chatting. Santai dan straight forward. Tak meleret-leret. Dah agak dah Charming tu En. Firdaus, bos Ugly Betty (Adiya) tu sendiri. Excited la nak tau mcmana tembelang bleh pecah. Hhiihihhi…

Kredit 4/5

Karya-karya Hanni Ramsul yang lain :
1. Pergilah Air Mata

No comments:

Post a Comment