Friday 19 July 2013

Novel : Pergilah Air Mata



Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Judul : Pergilah Air Mata
Penulis : Hanni Ramsul
Muka Surat : 858
Harga : RM28

Rumusan kisah :

Sabrina dan Badrul ditangkap khalwat dalam satu perangkap yang dibuat oleh kawan baik Sabrina sendiri. Sabrina dan Badrul kemudiannya berkahwin atas desakan ayah Badrul untuk menjaga air muka keluarga mereka.

Dayana yang mula rasa tergugat dengan Sabrina, akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Badrul, kekasihnya, walaupun tidak bersedia pada mulanya, dengan syarat perihal Sabrina tidak diberitahu kpd keluarganya. Badrul juga berjanji untuk melepaskan Sabrina bila sdh puas ‘mengajar’ Sabrina yang dituduh cuba memerangkapnya disebabkan harta.

Dalam pada benci-membenci dan elak-mengelak di antara Sabrina dan Badrul, mereka sebenarnya sudah mula dibuai dgn perasaan masing-masing. Kesibukan Dayana mendekatkan mereka dan akhirnya Sabrina dan Badrul ‘menghalalkan’ hubungan mereka.

Badrul yang terlepas cakap ketika mengejar Dayana yang ternampak kemesraan Badrul dan Sabrina membuatkan Sabrina kecewa sehingga bertindak untuk keluar dari rumah tersebut. Saat itu, barulah Badrul sedar yang dia lebih mencintai Sabrina daripada Dayana.

Petikan – petikan dari novel :

“Saya malaslah abah. Kalau ikutkan hati, memang saya takkan kahwin dengan dia. Nak naik mahkamah pun saya tak kisah. Nak kena bayar denda pun saya tak kisah. Sebab saya tahu, saya memang tak bersalah langsung. Tapi, abah beria-ia paksa kami kahwin. Abah yang nak sangat perempuan yang tak tahu dating dari ceruk mana tu jadi menantu abah!” – m/s 17

“I tak akan ikat dia dengan perkahwinan ni. Sampai masanya, I akan lepaskan dia. I cuma nak ajar dia aja. Ajar biar dia respect maruah diri. Biar dia tahu bukan senang nak tipu orang. Bukan senang nak senang. Biar dia serik dan taka da lagi lelaki yang jadi mangsa dia.” – m/s 136

“Tak mungkinlah. Badrul tak sukakan saya. Dia cuma sukakan awak. Saya cuma nak cakap, saya tak kisah kalau awak kahwin dengan Badrul.” Pantas Sabrina menjawab. Faham akan maksud soalan Dayana. – m/s 189

“Tapi, sampai bila? Dulu, kamu kata kamu tak kisah kalau Badrul kahwin dengan Dayana. Kalau kamu betul-betul tak kisah, kenapa tak nak bertembung? Kenapa kamu perlu lari daripada suami sendiri?” – m/s 269

Sudah hampir dua minggu Badrul berpindah. Bermakna sudah hampir dua minggu jugalah dia tidak melihat wajah Badrul. Tidak mendengar suara marah Badrul. Usikan dan sindiran Badrul. Dan, semua itu membuat hatinya kini dibelenggu rindu. Dia rindukan Badrul. Satu perasaan gila yang tidak harus tersangkut pada ranting rasanya. – m/s 510

“Aku nak Ikmal jadi milik aku, Ina. Dah terlalu lama aku mengharapkan dia. Terlalu lama. Sebelum kau muncul antara kami…” Maria berbisik perlahan. Memujuk rasa hati yang bersalah. -  m/s 547

Dan, senyum insan-insan di hadapannya, bagai tidak mampu untuk dia hadapi lagi. Sungguh dia segan. Dan, kenapa dalam rasa segan dan serba salah ini, dia berasa begitu bahagia? Kenapa saat ini, dia hanya mahu terus berada hamper dengan Badrul? Terus berada dalam pelukan lelaki ini? Tanpa sedar, dia bersandar mesra di dada lelaki itu. Senang apabila Badrul semakin mengeratkan rangkulan di pinggangnya. – m/s 570

“Sebab, walaupun buruk layanan aku pada kau, kau nampak macam tak kisah pun. Tiap-tiap hari, kau menjadi seorang yang jauh dari apa yang aku sangkakan. Aku tak nak akuinya, tapi hati aku kuat mengatakan, kau memang seorang perempuan yang baik. Semua tu buat aku semakin lupa punca yang menyatukan kita. Buat aku rasa semakin hari, semakin dekat dengan kau,” ucapnya sambil menikam renungan Sabrina padanya. – m/s 577

“Aku tak tahu sejak bila, tapi… aku memang selalu fikir pasal kau. Sama ada Dayana ada atau tidak… aku memang selalu fikir tentang kau.” – m/s 647

“Aku tau tahu nak cakap apa dengan dia. Dah tak boleh nak fikir. Bila aku tengok dia dengan perempuan tu, aku dah tak sanggup nak bermadu. Aku tak nak kongsi dia dengan orang lain. Aku tak boleh terima. Aku nak minta cerai, tapi… aku masih sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Nak suruh dia ceraikan perempuan tu, aku yakin dia tak akan buat macam tu. Apa yang aku patut buat, Nissa?” - m/s 671

“No, abah. Jangan tipu saya abah…” dia bersuara resah. Hatinya yakin, dia masih akan dapat melihat wajah Sabrina apabila dia pulang ke rumah besar itu nanti. Dan saat ini… bapanya membawa perkhabaran duka. Sungguh dia tidak boleh terima kenyataan ini. Dia tidak lagi dapat menatap wajah itu! – m/s 685

“Nissa… bukan aku tak cinta. Tapi, bercinta and berkahwin, dua perkara yang totally different. There’s a lot of commitment yang aku betul-betul belum ready. Memang silap keputusan aku untuk berkahwin dulu.” – m/s 702

“Aku tahu selama ni, aku tak adil pada kau. Tapi, please Sabrina. Beri aku peluang terakhir. Aku tak akan sia-siakan kau lagi.” -  m/s 781

Kata ku :

Aku ingatkan novel ni akan buat aku menitiskan air mata. Tapi sebaliknya la pulak.  Jalan citer yang tak meleret-leret sangat. Moral of the story, jgn jual mahal sangat! Jangan ego sangat utk mengaku perasaan sayang terutama pada org yang dah halal! Kehilangan cuma terasa bila org tu dah tinggalkan kita! Oppss.. emo la pula aku!

Update 18/8/16

TV1 mulai 10.7.16
Amar Asyraf, Nelydia Senrose & Izreen Azminda


Kredit 4/5


Karya-karya Hanni Ramsul yang lain :
1. Biarlah YM Berbicara

No comments:

Post a Comment