Thursday 15 August 2013

Novel : Eksperimen Cinta


Kesimpulan untuk eksperimen cinta kita...
Kita bahagia!


Judul : Eksperimen Cinta
Penulis : Anjell
Muka Surat : 843
Harga : RM30

Novel ni baru je published hujung bln lepas (Julai 2013).

Rumusan Kisah :

Walaupun pertama kali bertemu, Tengku Aaron Shah sdh mula tertarik dengan perwatakan Damia Farisha Razak yg lain daripada perempuan2 lain di sekelilingnya. Aaron mengugut Damia untuk menerima lamarannya, hanya semata-mata ingin menjadikan Damia eksperimen dalam sebuah perkahwinan. Hakikatnya, perkahwinan itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua orang terutamanya kembarnya Tengku Andrean yang dianggapnya telah merampas kekasihnya, Seri. Aaron mahu tunjukkan yang dia juga boleh hidup bahagia.

Bila dah duduk serumah, mmg susah nak mengelak. Bila dah hari-hari bertemu, nak-nak pula halal... perasaan masing-masing semakin keliru. Cemburu menguatkan rasa hati. Berjauhan membuaikan rasa rindu.

Kehadiran Salmy yg cuba menuduh Aaron yg telah menghamilkannya sekali lagi mengganggu kebahagiaan rumahtangga mereka.

Petikan-petikan dari dalam novel :

“Jangan nak bergurau, Tengku. Saya tak kenal Tengku. Jumpa tak sampai sehari. No… tak sampai separuh hari tapi Tengku nak ajak saya kahwin? Kalau cakap kat mak Tengku ni, boleh pengsan kut. Tengku janganlah buat lawak lagi. Tak larat dah saya nak gelak.” – m/s 14

‘Okey… we’ll see. Kalau aku jatuh cinta dengan Damia, BMW M6 kesayangan aku tu, aku bagi free-free kat kau.” Dengan berani Tengku Aaron berkata. – m/s 282

“Perempuan ni macam baju aku ajelah. Macam-macam jenis. Aku pun dah tahu yang mana kualiti bagus, yang mana kualiti tak bagus. Aku kahwin dengan kau sebab aku rasa nak kahwin. Orang lain Tanya aku bila nak kahwin, so aku kahwin. Aku nak tunjuk yang aku pun boleh kahwin. Puas hati?” – m/s 325

“Mulai hari ni, aku tak nak tengok kau berdua. Sampai mati aku takkan maafkan kau orang. Dan kau, Tengku Andrean Shah, mulai hari ni aku bukan lagi abang kembar kau.” – m/s 359

“Bukan ke kita akan cerai tak lama nanti? Masa tu, saya dah tak boleh guna harta awak. Saya kena belajar dari sekarang untuk hidup macam kehidupan lama saya.” Damia tunduk sehabis bicara. Awatlah rasa macam sentimental pula malam ni? Rasa nak nangis pun ada. Terasa air mata berada di hujung mata namun cepat-cepat dia lap. Serius dia rasa sedih. Mungkin sebab mengenangkan nasib diri andai penceraian betul-betul terjadi. – m/s 440

“Saya tak sekeji tu, Aaron. Saya tak pernah sentuh lelaki lain selain awak. Demi Allah, awaklah lelaki pertama yang pernah sentuh saya. Hanya awak. Mungkin saya tak suka tapi saya tak ada hak nak marah sebab awak suami saya.” – m/s 531

“It’s just a car. I can get a new one anytime I want. It can be replaced. But I have only one Damia. Apa sangatlah kereta tu kalau nak banding dengan apa yang aku rasa sekarang dekat Damia,” jawab Tengku Aaron. – m/s 550

“Love is just a word until somebody comes along and gives its meaning,” balas Tengku Aaron. – m/s 574

“Dulu abang main-main masa melamar Mia jadi isteri abang. Abang tak rasa apa-apa ketika sarungkan jari Mia dengan cincin ni. Tapi kali ni izinkan abang melamar isteri abang dengan penuh rasa cinta yang lahir dari hati abang.” – m/s 639

“Mana awak menghilang sebelum ni? Sengaja nak seksa perasaan saya? Awak jahat.” Damia rasa macam nak menangis lagi. Tangannya memukul dada tengku aaron. Geram apabila dia macam orang gila menanti panggilan tengku aaron. Setiap lima minit mesti memandang ke arah telefon bimbit. – m/s 721

“Never happen, daddy. Melainkan Abang Aaron ceraikan Mia. Mia tak sanggup kongsi suami. Kalau daddy nak Abang Aaron kahwin dengan Salmy, suruh dia ceraikan Mia malam ni juga,” cabar Damia. – m/s 809

Kata ku :

Typical storyline. Tapi aku suka novel ni. 75% citer ni fokus kat hero dan heroinnya, Tengku Aaron dan Damia. Buat aku rasa puas sangat baca novel ni.

Babak sweet tak banyak mana kot tapi ‘kata2 hati’ Aaron dan Damia kelakar. Sengih je aku! Suka je ngan Aaron dan Damia yang saling hormat sesama mereka even diorang ‘kawin paksa’. Aaron suka guna kuasa vetonya sebagai suami untuk menundukkan Damia. Damia pula lembut tapi tegas. Sesuai sangat diorang berdua! Tak boring baca part tikam lidah diorang.

Update Nov 2014 :

Diadaptasi ke drama dan bakal ditayangkan pada Mac 2015.

Kredit : EDtvHero & heroin : Fahrin Ahmad & Izreen..


Kredit 5/5

5 comments:

  1. Serius best cter nie..mmg aku jatuh cinta dengan watak Tengku Aaron dlm nie..hahahaha

    ReplyDelete
  2. TERBAIK KOT...:P

    ReplyDelete
  3. Novel ni memang terbaaiiikkkkkk. :)

    ReplyDelete