Wednesday 15 January 2014

Novel : Yang Luar Biasa


Antara hati dan perasaan, ada cinta yang terpendam.
Antara janji dan setia, ada kita yang menyimpulnya.

Judul : Yang Luar Biasa
Penulis : Hani Fazuha / Anna Lee / Syah Shah / Farah Husin
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 636
Harga : RM27

Oh my... dah masuk mggu ketiga tahun baru, ni baru buat 1st review novel... review la sgt kann... huhuhuh... Nak kena catch up balik ni..

Anyway, YLB ni 4 in 1 mini novel… Golden Edition! Member beli kat bookfair last mth.


#1 Yang Luar Biasa – Hani Fazuha

Kisah Arissa yang terjatuh cinta kat Zhariz, bakal abang iparnya. Zhariz yang sejak kecil dianggapnya abang, mula membuat hatinya kacau bilau. Arissa sudah mula cemburu bila melihat kakaknya, Ryana menggedik dengan Zhariz. Nekad dengan hati masing-masing. Arissa bersetuju dengan tindakan Zhariz untuk membelakangkan keluarga mereka.

Sweettt je citer ni. Buat aku sengih2! Bad boys are somehow quite attractive! Bad in terms of notty manja2 gitu. Buat aku rasa macam Zhariz tgh tackle aku! Hihihihihi…

Kredit 4/5

#2 Diary Mrs Ben – Anna Lee

Sofia dan Ben, BFF sejak kecil. Terpisah bila Ben berhijrah ke London. Pertemuan semula menyebabkan mereka terlibat dalam drama dan seterusnya konspirasi yang memaksa mereka untuk tinggal sebumbung.
Friendship-love-story. Predictable, yet having fun baca citer ni. Susah juga kalau ada hati ngan BFF sendiri kan. Kalau luahkan rasa hati pastu BFF tak bleh nak terima, terus dah tak bleh nak jadi BFF plak. Tapi kalau open minded, ok je kot. Pengalaman sendiri! Oppppsss!!

Kredit 4/5

#3 My Slurpee Slurps – Syah Shah

Damien yang hidup dalam kegelapan menemui sinar bila bertemu dengan Vina. Sepupu yang membuat onar menyebabkan Damien untuk bertanggungjawab pada Vina.

Ok la citer ni tapi aku rasa kurang umphh compare to 3 citer yang lain dalam novel ni.. ntah kureng tang mana.. hmm..

Kredit 3.5/5

#4 Dear Cinta – Farah Husin

Setelah 10 tahun bercinta, Tasneem ditinggalkan oleh kekasih hatinya. Kecewa dan nekad untuk mencari semula dirinya yang ‘hilang’, membawa Tasneem untuk mendaftarkan diri di fitness centre. Ariff dipilih untuk menjadi personal trainer nya. Dari personal trainer, Ariff diangkat pula jadi personal adviser Tasneem. Tasneem akhirnya berjaya untuk ‘berdepan’ dgn ex-bf nya.

Karakter Ariff lebih kurang macam Zhariz, buat aku jatuh chenta! Hihihihihi… Citer ni predictable, santai, fun… best la!

Kredit 4/5