Friday 27 June 2014

Novel : Awak Suka Saya Tak?


Dengan kasih sayang Allah, tiada yang mustahil.

Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 1056
Harga : RM35

Dah lama sgt baca kat on9 citer nie… ingat kuda, ingat citer nie. 
Member beli kat book fair baru ni diskaun RM10! Berbaloi-baloi kan… Cetakan ke 14 ok?!

Rumusan Kisah :

Setelah 8 tahun, Muhammad Hilman Yong Abdullah aka Damien Yong Teik Wah bertemu semula dengan Puteri Intan Zulaikha, yang disangkanya akan berkahwin. Apabila menghadiri majlis persandingan tersebut, Hilman lega kerana majlis tersebut adalah majlis abang Intan. Hilman melamar Intan, namun Intan menolak lamaran tersebut kerana tidak pasti dengan hatinya. Tatkala Intan sedar dan pasti akan hatinya, Hilman pula sedang berada dalam satu upacara akad nikah. Kekecewaan menyebabkan Intan melarikan diri lalu jatuh sakit. Hilman berada di sisi Intan sepanjang tempoh tersebut tanpa Intan mengetahuinya.

Tiga tahun berlalu, Intan telah bangkit semula sebagai Zulaikha. Mengendalikan kursus di Kuala Terengganu telah menemukannya dengan Hilman, pemilik resort tersebut. Kerinduan pada Hilman dan keinginan untuk mengatasi rasa takut pada kuda, membuatkan Intan mendaftarkan diri dalam kelas belajar-kuda. Hilman bersifat tegas sebagai tutor Intan. Ketegasan yang sebenarnya menerapkan nilai kasih sayang pada diri Intan.

Intan dan Hilman akhirnya bertunang. Namun, dek kerana salah faham dan cemburu, mereka bergaduh besar dua hari sebelum pernikahan. Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Hilman sedar sebagai Damien. Keluarga Hilman bertindak meminta agar Intan menjauhi Hilman demi kesihatan Hilman. Rasa cinta yang kuat terhadap Intan, mendekatkan mereka kembali.

Kata Ku :

Heavy reading. Sarat dengan ilmu keislaman dan juga tentang kuda! But I must agree that, a bit meleret-leret.

Sebagaimana Firman dalam ILUS dan MyPI, begitu la jugak Hilman dalam citer nie. Hero yang membantu dalam ‘membetulkan’ heroin dengan hujah-hujah berilmu.

Watak Intan ni masuk dlm list heroin yang aku tak berkenan. Huhuhu…

Kredit 3/5



Wednesday 18 June 2014

Novel : Hari-Hari Aku Rindu


Cinta takkan datang pada hati yang masih membenci…

Judul : Hari-Hari Aku Rindu
Penulis : Izz Alejandra
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 680
Harga : RM26

Rumusan Kisah :

Selepas pertemuan pertama Sarah Nadya (Dhia) dengan Khalish Naufal, kawan chatting yang baru pertama kali ditemuinya, Dhia bertekad untuk tidak bertemu lagi dengan Naufal selepas itu, disebabkan perangai Naufal yang lepas laku. Lagipun, yang sebetulnya, kawan sekerjanya, Betty yang selalu berhubung dengan Naufal. 

Namun, di dalam misi melarikan diri dari Fariz, bekas kekasih dan juga abang tirinya, Dhia kembali semula dan meminta bantuan daripada Naufal. Dhia hilang kesuciannya dan disahkan mengandung diatas kesilapan tersebut. Pada mulanya, Naufal meminta Dhia untuk menggugurkan kandungan tersebut. Dhia enggan dan berpindah tempat kerja ke cawangan negeri lain.

Bertemu semula dengan Naufal yang sebenarnya tidak pernah melupakan Dhia. Naufal lantas melamar Dhia. Kebahagiaan mereka diuji apabila Dhia keguguran.

Kata Ku :

Intro agak baik tetapi semakin meleret-leret sehingga hampir ke penghujung citer!

Tak suka dengan karakter Dhia yg naïf tapi keras kepala dan ego. Meletakkan kesalahan sendiri pada orang lain.

Level kemanisan Naufal biasa-biasa saja.

Resepsi di Maldives dan gambaran tentang Maldives tidak dikembangkan seindah tempat tersebut.  Moment tidak sampai di jiwa.

Kesudahan mama kandung Sarah dan Uncle Rahim agak samar-samar.

Lagi suka dengan karya penulis sebelum ni, Sungguh! Aku Gilakan Kau.

Kredit 3/5


Thursday 5 June 2014

Novel : Cinta Kita




Yang menyakitkan dalam hidup ialah kehilangan.
Dan… dia tidak sanggup untuk menghadapinya sekali lagi.

Judul : Cinta Kita
Penulis : Suzana Sulaiman
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : 512
Harga : RM23

Rumusan Kisah :

Kisah cinta Khalish dan Qistina. Khalish seorang duda yang mempunyai seorang anak perempuan, Husna. Pertemuan demi pertemuan dengan Qistina telah merapatkan Qistina dengan Husna dan secara tidak langsung Khalish juga.

Khalish dan Qistina berkahwin dan hidup bahagia. Namun, kebahagiaan mereka diuji apabila Qistina disahkan hamil dan mempunyai masalah, sama seperti arwah isteri Khalish. Khalish yang trauma dengan kehilangan meminta Qistina untuk menggugurkan kandungan tersebut. Disebabkan keengganan Qistina untuk berbuat demikian, Khalish meninggalkan Qistina.

Kata Ku :

Citer yang biasa dan pengolahan citer yg a bit dull. So kurang sket excited nak khatam. Too plain. Good try for writer.


Kredit 3/5