Monday 27 April 2015

Novel : Mama Mia Shaza

Kenapa harus berkata tidak sedang antara kita masih wujud perkataan cinta?

Judul : Mama Mia Shaza
Penulis : Emy Roberto
Terbitan : Lovenovel
Muka Surat : 512
Harga : RM22

Sana sini semua dok mention pasal PBAKL. Gaji tak masuk lagi.. Adoiii.. sabar lah hati! Huhuhu… Apa2 pun, masih banyak novel yg beli kat book fair bln 12 haritu tak review lagi. Kita try mana yg sempat di-review sementara tunggu nak serbu PWTC. Ape kaitan??! Hahaha..

Rumusan Kisah :

Maya dan Syazwan Imad bercinta dan berkahwin di bumi Sheffield. Walaupun begitu, Syazwan sebenarnya masih belum bersedia dengan komitmen kekeluargaan. Berita kandungan Maya memaksa Syazwan untuk menuntut sebuah pilihan daripada Maya – dirinya atau kandungan tersebut. Keputusan Maya untuk tidak mengugurkan kandungan tersebut menyebabkan Syazwan meninggalkannya.

Tiga tahun berlalu, Maya kembali semula ke bumi Malaysia dengan gelaran Mama Mia. Pertemuan semula dengan Syazwan hanya menambah rasa kecewa di hati. Syazwan masih seperti dulu. Perempuan keliling pinggang.

Namun, pertemuan Syazwan dan Mia Shaza telah menyedarkan Syazwan dari khilafnya. Syazwan tekad untuk berubah.

Dalam masa yang sama, Syazwi Ilman muncul dalam hidup Maya sebagai majikan Maya yang menaruh perasaan terhadap Maya. Maya yang keliru dengan perasaan sendiri telah menerima Syazwi.

Kataku :

Storyline takde la heavy sgt.

Suke part man to  man talk between Syazwan & Syazwi tp mcm tak patut gak kot bila Syazwi still nak interframe bila dah tau Maya still wife orang but maybe silap Maya gak sbb confuse sampai kena divorce.

Salute Maya & Syazwan for still in good relationship after divorce, mainly because Mia, anak patung bergerak yang bubbly & shomel itu! Dok terbayang pelakon kecil, Mia Sara tu!

Sedey bila Syazwan list down all about Maya. Huhu.. I can feel how Syazwan misses Maya very much!

Love the quotes : We’re not broken, we’ll just bend until we can learn to love again.


Kredit 4/5

Thursday 23 April 2015

Novel : Hadirkan Cinta Buat Aku

Tegarnya kau lukai.. hati yang tulus menyintai..

Judul : Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis : Tulip Ungu
Terbitan : Intens
Muka Surat : 628
Harga : RM25


Rumusan Kisah :

Sara Adelina yang melarikan diri dari Pak Usu nya, tumpang bermalam di halaman rumah Syarifah Raziah. Kerana simpati dengan Sara, Sara dijadikan pembantu rumah dan pengasuh kepada anak Syed Ziqri. Syed Ziqri telah kematian isteri selepas melahirkan Emma.

Cadangan Syarifah Raziah agar Sara dan Syed Ziqri berkahwin, dipersetujui mereka berdua. Syed Ziqri yang masih dibayangi arwah isterinya telah melalui malam pertama bersama Sara. Menyedari dirinya yang masih tidak dapat melupakan arwah isterinya, Syed Ziqri sanggup menawarkan Sara kepada kawan baiknya, Azmizy. Perkhabaran kandungan Sara menyebabkan Syed Ziqri melarikan diri ke England.

Syed Ziqri kembali semula ke Malaysia setelah lima tahun kerana ingin mendapatkan persetujuan uminya untuk menikahi Syarifah Letisya, sepupu arwah isterinya. Namun, Syed Ziqri mula jatuh cinta dengan Sara yang baru. Sara kini sudah menjadi idaman ramai termasuk Azmizy, Fakry dan Tuan Ghaffur. Syed Ziqri mula sedar akan tanggungjawab pada anak-anaknya dan mula meraih kasih daripada Sara.


Kataku :

Walaupun bnyk sgt plot dlm citer ni tp mcm messy plak..

Sgt x suke ngan Syed Ziqri. Sbb:

1. Ziq tinggalkan Sara after malam pertama. Ok, even bukan terus2 blah tp still x patut! Alasan keliru dengan perasaan mcm x bleh  nak terima jer. Grrr..

2. Bleh pula nak bagi Sara kat Mizy?!

2. Muncul balik after 5 years and itupun sbb nak kahwin lain

3. Tak tegas bila berdepan dengan Syarifah Letisya & papa Tisya

Yang kureng logic bila Ziq sanggup jadi tukang pungut sampah semata2 nak lepaskan rindu kat Sara. Over kot..

Tak suke ngan Fakry yang tak faham bahasa. Lagi nak rumitkan keadaan. Tuan Ghaffur.. serius x sangka!

Suke ngan Emma yang pandai jaga perasaan mama dia.

Part umi Ziq pun sanggup ketepikan perasaan Sara sbb nak selamatkan syarikat, sangat2 pentingkan diri sendiri.

Ending utk Ramzi & Dato Ibrahim mcm x brp nak puas hati plak..

Anyway, suke ngan karakter Sara yang tabah dan tegas.


Kredit 3.5/5


Friday 17 April 2015

Novel : Jangan Jatuh Cinta

Arahan hati yang paling sukar nak dipatuhi..

Judul : Jangan Jatuh Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Terbitan : Karyaseni
Muka Surat : 729
Harga : RM28



Rumusan Kisah :

Hari-hari Ana Syahidah sangat mencabar apabila menjalani praktikal di syarikat kepunyaan Encik Afdhal yang mengalami Bipolar Disorder. Ada masa, normal. Ada masa, gila! Penemuan sketch book milik Encik Afdhal membuatkan Ana tertanya-tanya kisah lalu Encik Afdhal.

Episod membantu Encik Afdhal pun bermula. Dahlia, wanita yang disukai Encik Afdhal dalam diam, bersetuju untuk menjayakan misi tersebut. Walaupun begitu, Encik Afdhal tetap memerlukan Ana di sisinya walaupun bertemu dengan Dahlia. Misi terbongkar dan Encik Afdhal merasakan bahawa Ana juga seperti orang lain yang menganggapnya gila.

Dalam masa yang sama, cinta hati Ana sejak kecil iaitu abang sepupunya, Abang Naim, yang juga menaruh perasaan terhadap Ana sejak dulu lagi. Namun begitu, hubungan mereka tidak dapat diteruskan memandangkan mak Abang Naim ingin menjodohkan Abang Naim dengan Dahlia.

Kecewa dengan semua yang berlaku, Ana membawa diri dan mulakan hidup yang baru di perantauan.


Kataku :

Novel ni mmg buat aku curious pasal Encik Afdhal. Tak sabar2 nak selak page seterusnya sebab nak tau sgt apa yang terjadi pada Encik Afdhal sampai macam tu scary sekali keadaan dia. Phewww…

Part paling scary of coz part Encik Afdhal bawa Ana balik ke Vila Dahlia, rumah yang sudah belasan tahun tidak dijejakinya. OMG… seraammm siottt…

Naim, bagi aku sgt la looser! Tabik spring kat Ana sbb berjaya menepis kata hatinya. Tapi, tak brp setuju ngan mak ayah Ana bila kebenaran tersingkap. Hmm..

Walaupun tak lovey-dovey, tapi aku suke jer..


Kredit 4/5


Monday 6 April 2015

Novel : Kerana Aku Isteri Bidaan


Judul : Kerana Aku Isteri Bidaan
Penulis : Tulip Ungu
Terbitan : Intens
Muka Surat : 665
Harga : RM27


Rumusan Kisah :

Credit to Maslina for the review.. tak dan nak review.. huhuh..

Demi mengelak berkahwin dengan Haji Meon, duda hampir seusia abahnya, Raina Badrina telah mereka cerita bahawa dirinya telah dibuntingkan oleh Farel Zafeeq, lelaki yang paling dibenci oleh abahnya. Raina bagaimanapun kemudiannya dinikahkan dengan Farel, namun melarikan diri bersama kekasihnya, Aznor pada malam selepas pernikahannya. Malang bagi Raina apabila dia menjadi mangsa pemerdagangan orang apabila Aznor menjualnya kepada bapa ayam untuk dijadikan GRO.

Setelah dua tahun, Farel bertemu semula dengan Raina ketika mengikut rakan sekerjanya berhibur di kelab hiburan di mana Raina bekerja. Raina dilanggan Farel untuk melunaskan hutang malam pertama mereka. Raina kemudiannya dibida Farel demi membebaskannya dari kancah maksiat apabila bapa ayam yang menjaganya melelongnya untuk dijadikan mistress.

Pada mulanya, Farel hanya ingin melunaskan amarahnya kepada Raina kerana memfitnahnya dan kerana lari di malam pernikahan mereka. Lantas Raina tidak dilayan selayaknya dan hanya dianggap sebagai teman tidur. Di matanya, Raina itu bukan dari kalangan selayaknya diangkat menjadi isteri. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.


Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar khilaf diri. Farel mula merasai satu perasaan di hatinya yang mengikatnya dengan Raina sehingga dia tidak sanggup melepaskan Raina pergi dari hidupnya. Dia ingin kembali menebus silapnya dan ingin membaikpulih rumahtangganya.


Kataku :

Beli novel ni sbb tertarik dengan synopsis blkg novel ni. Ditambah pula dengan rating yg pembaca bagi.

Kinda rare & daring. Farel yang ego dan unexpredictable bagi aku. And at some parts, Farel kejam la jugak. Part Farel hantar balik Raina kat owner lama tu mmg aku dah mcm… oh my, like seriously Farel?!

Raina, mmg patut la kot dpt layanan x berapa baik dari Farel. Dah ko yang perangkap Farel tu. Apa2 pun, tak semua GRO volunteer nak jadi GRO. So, pls don’t judge them hanya dgn title dorang.

Nak citer yang lovey-dovey-bergula-melting, not this book tp aku suka je rasa tanggungjawab yang ada dlm diri Farel.


Kredit 4.5/5