Wednesday 28 October 2015

Tutorial Download Drama/Movie Korea

Kalau sebelum ni, semua citer Korea aku download dr youtube jer.  Senang mmg senang nak download dr Youtube tapi yg tak kureng nye :

- Susah nk cari uploader yg upload full/complete satu citer tu.
- Kualiti kdg ok kdg x – paparan visual blur & sound effect pun mcm chipmunks kekadang. Lg teruk bila audio tak selari ngan drama! Konfius jap.. Bertambah teruk bila xde sarikata.

Aigo!

Jangan ditanya kenape tak tengok online jer... sebab aku takde wifi kat rumah. Harap data HP, mmg tak ler. Layan kat ofis, tak leh nak fokus plak. Sudah nye download lagi senang.

Cari punya cari… akhirnya, jumpe gak site nk download citer korea ni. Tapi, limited citer dari 2013 je la. Yang lelama tahun2 sblm ni mmg takde la kat site ni. Mmg bleh je download dari site lain. Tp, site lain mcm agak leceh & complicated. Ke aku yg tak terrer. Hhuhuhu..

Ok.. nak share tutorial download drama/movie Korea..


Buka website http://myasiantv.se/drama/ 


 Taip tajuk drama/movie yang nak di-download

Klik button 'download' 

Boleh pilih openload atau direct links untuk download
Aku pilih openload
Klik kat episod yang nak di-download
Kalau Direct Links, bleh pilih kualiti video 360p / 720p..

Bila kuar tab ni.. tengok kat belah kanan atas sekali
Mula sekali ada tertera "please wait"
Dalam masa 5 saat, akan tertera "Skip This Ad"
Klik kat button tu..

Klik kat "leave this page" kalau menatang tu timbul
Sbb kekdg xde pun kuar menatang tu..

Kat sini, klik button "download"

Kekadang lps klik button "download" tu, akan ada new tab yg timbul
So, just close je tab tu
Iklan free je tu..

Klik button biru tu.. Biasanya kena klik dalam 3-4 kali
Kalau dlm proses klik tu, ada muncul tab iklan mcm kat atas, just close je tab tu
and klik balik button biru tu
Sampai fail start download mcm kat bwh

Yeahhh... fail dah start download!

Begitu la yg korang buat untuk setiap episod..
Selamat mencuba!

Kalau ada yg tau kat website mana bleh download drama tahun sblm 2013, bleh la share kat komen yer.. Nak sgt download balik citer lama lain. Huhuhu..
Update 11/10/16 : Dah jumpe 2 lg website yg senang nk download citer korea ni..

1. http://www.dramafire.com
2. http://www.dramanice.us

Klu rajin, esok2 aku share tutorial ek..

Tuesday 13 October 2015

Filem : Polis Evo


First time nak review filem. Review la konon. Hahahha.. Ni movie yg ke-3 aku tgk kat panggung tahun ni. Awal thn msk panggung tgk citer Suami Encik Perfect 10. Tgh thn tgk citer Suami Aku Ustaz. Jumaat awal bln haritu lps keje tgk citer Polis Evo kat KLCC.

Zaman dah keje ni mmg jarang msk panggung. Dulu zmn uni mmg aktif. Sebulan sekali harus msk panggung. Release tension study katanya. Pdhal stress zmn lepas study lagi stress.

Ok.. Sambung blk Polis Evo. Mmg x rugi  tgk citer ni. Hilang stress! Tengkiu Zizan! Citer action comedy ni mmg best. Kalau x, xde la dpt pungutan rm8 juta utk 8 hari tayangan kan.


Overall :

- Aksi yg plg bnyk sekali ialah pistol & tembak menembak.

- Terpikat plak ngan Shahizey Sam the Jackie Chan kat sini. Sejak bila dia tough ek? Oppss...

- Zizan, ko mmg lawak! Hahahhahaha..

- Nora danish x bnyk scene pun. Kat awal, tgh & akhir citer je..

- Agak kureng bila tershoot bhgn ketiak..erkksss..

- Filem arwah harun salim bachik yg last ke ni? X sure plak..

Sape yg x tgk lg, sila serbu panggung! Best weyyy..


Thursday 8 October 2015

Dah start layan drama Korea plak!


Tak sangka ai akan terjebak dalam drama korea ni! Adoiii…

Semuanya bermula dari citer My Love From Another Star yg ditayangkan di TV8 bulan 4 hari tu. Suka sgt dengan citer tu. Suka ngan hero & heroin dia gak!

Lepas citer tu, layan plak citer Secret Garden. Sangkut lagik!!! Dan akhirnya aku terjebak! Mula-mula sekali, aku google citer2 drama korea yg best pastu aku buat list dan lepas tu aku download kat pc ofis dan copy save kat hp. Giler gigih! Hahahaha..

So far, berkat tiap pagi g ofis and ptg otw blk rmh and malam sblm tdo and weekend menghadap hp.. mata confirm bakal rabun.. dah few drama yg aku tgk sejak bln 8! Memang sah2 addicted ngan korea2 ni dalam sekelip mata! Haisshhh… 

Well actually, sebelum citer My Love From Another Star tu, tipu la kalau tak pernah layan citer korea kan sebelum ni. Tapi dah lama giler… alaa.. zaman Winter Sonata tu.. Tapi, honestly, citer Winter Sonata tu aku tak tengok pun. Aku tgk citer Autumn In My Heart & Full House je. Citer Princess Hour sempat tengok sekerat. Sampai skrg tak tau ending dia. Hahahaha…

Ni list drama Korea yg aku dah layan bebaru ni… kebaruan sangat.. term lain.. ketinggalan ketapi betul! Ada aku kesah!


















11. 49 Days – baru start layan



List dalam tempoh 2 bulan! Hahahahaha.. Korang notice tak, mostly citer tu semua genre romantic fantasy? Hehehehe.. So far, drama no 1 & 2 the best stakat ni.


Bila mata penat ngadap HP, ngadap novel plak. Kesian mata tak rest. Huhuhuh..

Wednesday 7 October 2015

Novel : Officially Milik Dia



Melihat dia, hati berdetak suka

Judul : Officially Milik Dia
Penulis : Melati Shafika
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat :
Harga : RM25


Rumusan Kisah :
(copy paste blurb kat belakang novel coz that’s exactly how’s the storyline. Hehe)

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah (Yaya) tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya. Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya.

Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu. Namun, taktik Fariq Hatta Berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan Kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri.


Kataku :

For new author, the first baby kira not bad la. At least, the intro made me bought the book.

1 POV je iaitu Yaya. It would be good kalau bleh tau isi hati Fariq. Curious gak actually. So, sbb guna 1 POV je, buat citer a bit meleret plak kat tgh citer. Yaya tarik tali sgt ngan feeling dia towards Fariq.

A simple story line tanpa watak antagonis.

Tak puas nak baca bahagian ending, mcm sekejap je part ending tu. Hmm..

One more thing, I think I je yg konpius, but I notice ada gak yg komen kat goodreads tu mention the same thing. Gaya penulisan pada bhgn awal agak selamba dan santai tapi berubah pada bhgn belakang, gaya penulisan agak formal. I think mood menulis tak berapa nak sama la kot.



Kredit 4/5

Tuesday 6 October 2015

Novel : Temani Aku Selamanya


Hati terpaut Suka

Judul : Temani Aku Selamanya
Penulis : Pena Kayu
Terbitan : Idea Kreatif
Muka Surat : TBA
Harga : RM24


Rumusan Kisah :

Nirina dan Carl Ibrahim bertemu dalam beberapa insiden di mana Carl Ibrahim ‘muncul’ dalam ‘imej’ yang berbeza. Carl semakin tertarik dengan Nirina yang merupakan pereka dalaman apartmentnya, dan yang paling penting Nirina boleh menyediakan sambal belacan, kegemarannya.

Disebabkan cemburu dan salah faham, Carl menganggap Nirina seorang gadis yang tidak baik. Malah menggelarkan Nirina “betina”. Walaupun begitu, Carl semakin angau apabila bertindak menjauhkan diri daripada Nirina sehingga Carl bertindak untuk bertemu dengan ayah Nirina untuk melamar Nirina.

Kataku :

First beli/baca karya author ni. Judul novel sgt buat aku drooling. Review mcm ok but it’s just not my cup of coffee. First time gak, let go novel after beli. Novel baru, masih senang cari buyer. Huhuhu… Sorry author!

Confusing intro. But, you will find out at the middle of the book.

Banyak sgt ‘jujur ya’. Turn me off.

Expecting more by reading the title tapi too childish for me kot.

Taekwando-ilmu-tak-guna?? A bit harsh to me. Show some respect tho’. 

Carl tak gentleman. Suka sgt memaksa or sebab Nina degil sgt?? Hmm.. All characters kureng umphh.

Too sweet to be true kot overall!


Kredit 3/5